SELAMAT DATANG KE ANJUNG LINUS SK TAIPING

SELAMAT DATANG KE ANJUNG LINUS SK TAIPING
MEREALISASIKAN HASRAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tuesday, July 30, 2013

PROGRAM PEMULIHAN

Program pemulihan dilaksanakan secara berkumpulan dan individu.Program ini dijalankan didalam kelas biasa dan kelas pemulihan.Maka guru pemulihan dan guru matapelajaran matematik dan bahasa malaysia tahap 1 memainkan peranan penting.Guru LINUS dan PEMULIHAN SK TAIPING mengambil inisiatif tersebut dalam menjayakan PROGRAM LINUS DI SEKOLAH

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 19, 2013

KEMUDAHAN IT DALAM LINUS

ANJUNG LINUS SK TAIPING dilengkapi dengan kemudahan IT dalam membantu pengajaran dan pembelajaran LINUS bertambah efisien dan mudah

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, July 18, 2013

KAEDAH PENGAJARAN LINUS

Kaedah pengajaran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS di SK Taiping ialah berpandukan MODUL LINUS ASAS 1 hingga ASAS 3 ialah KAEDAH MASTERI LEARNING, BERKUMPULAN DAN DEMONSTRASI

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, July 16, 2013

PROGRAM ANJUNG LINUS SK TAIPING

JK LINUS SK TAIPING mengadakan pelbagai program dalam LINUS.Salah satu program yang berkesan dan menarik ialah PROGRAM BACAAN PAGI dimana program ini berjalan selama 1 jam pada setiap pagi dan setiap hari persekolahan.Program ini dijalankan sambil diawasi oleh 2 orang guru LINUS yang bertugas.Semua murid LINUS akan mengikuti program ini di ANJUNG LINUS SK TAIPING

Published with Blogger-droid v2.0.10

PEMBAIKAN DAN UBAHSUAI ANJUNG LINUS SK TAIPING

Hari Isnin ANJUNG LINUS SK TAIPING dibaiki dan diubahsuai kerana terkena pukulan ribut pada petang Sabtu minggu lepas, habis hasil kerja JK LINUS SK TAIPING bertaburan bergelimpangan, jadi pada hari Isnin itu pekerja rendah am bersama pekerja swasta SK Taiping bertungkus lumus membaiki dan mengubahsuai ANJUNG LINUS SK TAIPING

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, July 15, 2013

MODUL LITERASI DAN NUMERASI

Modul Literasi dan Numerasi diterapkan serta digabungjalinkan didalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan KSSR.Pengajaran seperti ini dilakukan didalam kelas yang mempunyai murid LINUS sahaja

Published with Blogger-droid v2.0.10

PEMBELAJARAN INTERPERSONAL

Bagi murid LINUS yang tidak melepasi konstruk 3 hingga 12 akan dihantar ke kelas pemulihan untuk mendapat bimbingan personal oleh guru pemulihan dimana pada tahun 2013 tidak ada lagi istilah LINUS TEGAR dan pada tahun 2013 guru pemulihan memainkan peranan penting.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, July 14, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS JK LINUS SK TAIPING KE SK TAMAN JANA


JK LINUS SK Taiping mengadakan Lawatan Penanda Aras LINUS ke SK Taman Jana bagi menambah pengetahuan dan idea dalam penyediaan SUDUT LINUS. JK LINUS SK Taiping mengucapkan syabas dan terima kasih kepada guru LINUS SK Taman Jana diatas kerjasama yang diberikan dan JK LINUS SK Taiping juga ingin mengucapkan tahniah kepada guru-guru LINUS SK Taiping diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan dan menyediakan ANJUNG LINUS SK Taiping.








Friday, July 12, 2013

SELAMAT DATANG KE ANJUNG LINUS SK TAIPING

ANJUNG LINUS SK TAIPING

Menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu dan membimbing murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran terutama dalam Matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kemudahan-kemudahan ini disediakan oleh Jawatankuasa LINUS SK Taiping untuk membantu murid-murid yang tersenarai didalam Senarai Murid LINUS Tahap 1 SK Taiping.

Papan Maklumat

Papan Bacaan

Papan Organisasi LINUS SK Taiping



Bahan Bacaan



Bimbingan Personal

Bacaan Berkumpulan

Bimbingan Personal

Murid-murid LINUS